Thursday, March 24, 2011

Belajar :- Cukupkah ilmu kita ?

Bismillahirrahmanirrahim ( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani )

Seringkali hamba memerhatikan sekelompok manusia yang sering merasakan diri mereka sudah tinggi ilmu / sudah banyak ilmu di dada mereka dimana mereka ini sering menganggap setiap perkara yang mereka lakukan itu adalah benar dan betul dan gemar memperkecilkan apa yang dilakukan oleh orang lain sedangkan mereka tidak sedar bahawa perlakuan mereka itu mendatangkan rasa menyampah / meluat di mata orang lain.
Ada pula sekelompok manusia yang belajar / menuntut ilmu hingga ke tahap tinggi tetapi mereka menggunakan ilmu yang ada itu untuk kepentingan diri sendiri semata-mata dan ada juga dikalangan mereka yang menggunakan ilmu mereka sewenang-wenangnya serta mengikut kata hati dan nafsu sehingga mengakibatkan kerosakan/kebinasaan pada diri mereka sendiri atau pada alam atau pada pihak lain.
            Terdapat juga golongan manusia yang menjadi lupa diri / sombong / riak / takbur / kerana beranggapan ilmunya lebih tinggi dari orang lain.   Ada juga yang menjadi BAKHIL apabila merasakan diri mereka sudah tinggi ilmunya dimana terdapat situasi yang pernah hamba dengar dari mulut seorang rakan yang mengatakan :- " Aku belajar penat-penat, buat apa nak ajarkan pula kat dia ( si polan )? Kalau aku ajar dia, takut nanti esok lusa dia lagi pandai dari aku, susah lah aku nak cari makan, jatuhlah market aku". Begitulah bunyi dari seorang rakan yang hamba kenali. Apa guna menuntut ilmu tetapi akhirnya menjadi bakhil kerana takutkan saingan.
               Tetapi dalam banyak-banyak manusia seperti itu, ada juga segolongan manusia yang mempunyai ilmu setelah menuntut hingga ke peringkat tinggi tetapi masa yang sama mereka menggunakan ilmu itu untuk kebaikan diri sendiri serta berkongsi kebaikan dari ilmunya itu dengan insan-insan lain yang memerlukan. Itu lah yang paling baik dan mulia. Ilmu itu terdapat dimana-mana sahaja, baik di tempat belajar, di tempat kerja, di tempat awam, di gerai, di masjid, di mana-mana sahaja terdapatnya ILMU.  Ilmu itu bukanlah sekadar teori akademik yang dicipta manusia semata-mata, tetapi ILMU itu merangkumi segalanya yang ada di dalam kehidupan ini. Ilmu adalah anugerah Allah s.w.t pada hambaNya untuk digunakan kearah kebaikan ( dunia & Akhirat ).   Apalah gunanya menuntut ilmu tetapi menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri semata, kerana sedangkan ilmu yang diperoleh itu merupakan PINJAMAN dari Allah s.w.t dan bila- bila masa Allah boleh menarik balik ilmu yang dipinjamkan itu dari sesiapa sahaja yang dikehendakiNya....ingatlah, ilmu kita hanya pinjaman dari Allah...Gunalah untuk kebaikan, bukan kehancuran, bukan juga untuk kepentingan sendiri........
P/s :-  BELAJAR, sampai MATI pun tidak akan habis, krana Pelajaran itu bnyak dan meluas, dan belajar selama 3tahun ke, 5tahun ke atau 10tahun sekalipun,, ILMU ITU MASIH BELuM CUKUP.......BELOM CUKUP..........Walahhualam.....


Sekian dari hamba...

No comments:

Post a Comment