Thursday, March 24, 2011

Rahsia & Agenda disebalik BOLA SEPAK.........

Bismillahirrahmanirrahim ( Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani )

Konspirasi Dunia- MU dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan

Artikel ini memerlukan pembaca berfikir secara "kritis" dan sudut pandang yang sedikit mendalam...Terima kasih kepada pemilik blog www.nogold.com yang sudi berkongsi artikel rahsia ini...selamat membaca!  

"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu-daya jahat dgn sebenar-benar jahatnya
(Ath Thaariq ayat 15)


 Manchester United dan AC Milan.  Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

 Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:
      

Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.
Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R
Bold
E=5, R=18
18-5
=13

N,C,H,E,S,T

N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20

1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:

Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.


Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.


Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t.

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-40

Bersamalah kita renungkan...... ( Sumber dari www.nogold.com )

Belajar :- Cukupkah ilmu kita ?

Bismillahirrahmanirrahim ( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani )

Seringkali hamba memerhatikan sekelompok manusia yang sering merasakan diri mereka sudah tinggi ilmu / sudah banyak ilmu di dada mereka dimana mereka ini sering menganggap setiap perkara yang mereka lakukan itu adalah benar dan betul dan gemar memperkecilkan apa yang dilakukan oleh orang lain sedangkan mereka tidak sedar bahawa perlakuan mereka itu mendatangkan rasa menyampah / meluat di mata orang lain.
Ada pula sekelompok manusia yang belajar / menuntut ilmu hingga ke tahap tinggi tetapi mereka menggunakan ilmu yang ada itu untuk kepentingan diri sendiri semata-mata dan ada juga dikalangan mereka yang menggunakan ilmu mereka sewenang-wenangnya serta mengikut kata hati dan nafsu sehingga mengakibatkan kerosakan/kebinasaan pada diri mereka sendiri atau pada alam atau pada pihak lain.
            Terdapat juga golongan manusia yang menjadi lupa diri / sombong / riak / takbur / kerana beranggapan ilmunya lebih tinggi dari orang lain.   Ada juga yang menjadi BAKHIL apabila merasakan diri mereka sudah tinggi ilmunya dimana terdapat situasi yang pernah hamba dengar dari mulut seorang rakan yang mengatakan :- " Aku belajar penat-penat, buat apa nak ajarkan pula kat dia ( si polan )? Kalau aku ajar dia, takut nanti esok lusa dia lagi pandai dari aku, susah lah aku nak cari makan, jatuhlah market aku". Begitulah bunyi dari seorang rakan yang hamba kenali. Apa guna menuntut ilmu tetapi akhirnya menjadi bakhil kerana takutkan saingan.
               Tetapi dalam banyak-banyak manusia seperti itu, ada juga segolongan manusia yang mempunyai ilmu setelah menuntut hingga ke peringkat tinggi tetapi masa yang sama mereka menggunakan ilmu itu untuk kebaikan diri sendiri serta berkongsi kebaikan dari ilmunya itu dengan insan-insan lain yang memerlukan. Itu lah yang paling baik dan mulia. Ilmu itu terdapat dimana-mana sahaja, baik di tempat belajar, di tempat kerja, di tempat awam, di gerai, di masjid, di mana-mana sahaja terdapatnya ILMU.  Ilmu itu bukanlah sekadar teori akademik yang dicipta manusia semata-mata, tetapi ILMU itu merangkumi segalanya yang ada di dalam kehidupan ini. Ilmu adalah anugerah Allah s.w.t pada hambaNya untuk digunakan kearah kebaikan ( dunia & Akhirat ).   Apalah gunanya menuntut ilmu tetapi menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri semata, kerana sedangkan ilmu yang diperoleh itu merupakan PINJAMAN dari Allah s.w.t dan bila- bila masa Allah boleh menarik balik ilmu yang dipinjamkan itu dari sesiapa sahaja yang dikehendakiNya....ingatlah, ilmu kita hanya pinjaman dari Allah...Gunalah untuk kebaikan, bukan kehancuran, bukan juga untuk kepentingan sendiri........
P/s :-  BELAJAR, sampai MATI pun tidak akan habis, krana Pelajaran itu bnyak dan meluas, dan belajar selama 3tahun ke, 5tahun ke atau 10tahun sekalipun,, ILMU ITU MASIH BELuM CUKUP.......BELOM CUKUP..........Walahhualam.....


Sekian dari hamba...

Tsunami Jepun ( teladan dan peringatan )

BismillahirRahmanirRahim :-( Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Mengasihani )


Pada 11 Mac 2011 , dunia telah digemparkan dengan kejadian tsunami yang telah melanda negara matahari terbit yakni Jepun dengan ketinggian ombak berukuran 9/10 meter akibat dari gegaran bumi. Ada pendapat yang mengatakan ianya adalah kesan dari ujian-ujian nuklear bawah laut oleh pihak-pihak tertentu dan ada juga yang beranggapan ianya datang dari Allah. Apa pun pendapat yang diberi, sebagai manusia biasa dan sebagai hambaNya, kita seharusnya menjadikan perkara itu sebagai iktibar dan siapa tahu ianya adalah peringatan dari Allah s.w.t agar manusia sentiasa peka dengan kejadian-kejadian yang berlaku bukan sahaja di Jepun, tapi dimana-mana sahaja.


Pandangan Kritis dari kejadian Tsunami Jepun


Jepun amat terkenal sebagai negara yang kaya dengan teknologi yang diusahakan mereka. Pelbagai teknologi baik teknologi pembuatan,pengilangan dan berbagai lagi sehingga dikatakan sebuah negara yang mampu bangun dan berdiri dengan sendirinya.
Selama berbulan-bulan, bertahun-tahun mereka di Jepun telah berusaha untuk memiiliki harta/teknologi yang mereka miliki itu, TETAPI  dengan hanya beberapa MINIT , harta yg sekian lama mereka usaha dan kumpulkan itu musnah/hancur/hilang kerana dek AIR sahaja.  Itulah Kuasa ALLAH, sebagai peringatan pada kita dan lain-lain, "yakni harta dunia tak kemana", melainkan harta-harta yang digunakan ke jalan ALLAH ( Jariah ). Wallahualam bissawab.


Didalam Al Quran juga telah banyak amaran serta peringatan kepada kita yang berkisarkan dengan kejadian-kejadian yang Allah telah takdirkan kejadiannya di bumi ini... sebagai contoh, hamba petik sepotong ayat dari surah Al An-Am, ayat 6 yang bermaksud ;-



"Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa "banyak generasi yang telah Kami binasakan" sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, "iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu," -- *kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri* dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. "......


Bersamalah kita Renungkan isi dan pengertian dari potongan ayat dari surah Al An-Am. Bersamalah kita memanjatkan doa moga dilindungiNya dan mendapat lindunganNya di akhir zaman ini.  Setakat ini saja yang hamba dapat kongsikan bersama kalian pada kali ini. Semoga dengan pengongsian yang tak seberapa ini dapat membawa kebaikan kepada sesama kita, Insyaallah. Kiranya punya salah dan silap, Maaf hamba pohonkan, dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t....
Sekian dari hamba.... Assalamualaikum. 

Monday, January 17, 2011

New Year@Tahun Baru



                New Year aka Tahun baru adalah satu perkara yang paling ramai diraikan oleh setiap penduduk dunia,kecuali beberapa negara tertentu, dimana kebanyakan mereka yang menyambut acara ini dengan pendapat peribadi masing-masing seperti ingin melupakan kisah lalu dan membuka hidup baru di tahun baru dan berbagai lagi.               Tak salah menyambutnya andai kena pada gaya dan cara. Hamba berasa sedikit kesal bila melihat acara sambutan tersebut baru baru ini dihiasi dengan lurah-lurah serta dedahan dari segelintir anak-anak gadis bangsa kita iaitu MimLamWauYa serta deruan pekikan motor-motor serta suara remaja-remaja yang perilaku mereka ini telah membuatkan Pakcik Makcik Kakak Adik Atuk Nenek pula yang menjadi takut serta segan dengan melihatkan perkara sebegitu. Dalam fikiran hamba pada waktu itu berkata dalam hati " macam mana la kalau ada ibu bapa terserempak lalu melihat anak gadis/jantan mereka berpelukan berpakaian dedah sana sini, pasti remuk hati para ibu bapa yang melihat tu kan? hmm pada hamba, nak sambut tak salah, cuma jagalah perwatakan, kerana diri kita melambangkan agama dan bangsa kita, iaitu bangsa peribumi tanah melayu, ya kita orang melayu yang dipebuhi dengan penuh nilai murni serta kesopanan sedari zaman silam, peliharalah nilai2 itu supaya tak hilang didunia.
Pada hamba , NEW YEAR adalah seumpama tingkat pada blok bangunan yang tangganya tinggi dan mengambil masa 12 bulan untuk sampai ke tingkat sterusnya dan apabila kita smpai ke tangga pemulaan ke tingkat yg baru , kita pasti akan melambai tingkat di tangga yg bawah. Simbolisnya ialah, Tangga itu ialah Kehidupan , Tingkat yang didaki itu adalah pencapaian dan  Niat kita adalah Destinasi kita.*
Sekadar sekilas cubaan utk pertama kali tulis blog. Sudilah kiranya menziarahi blog hamba ini dilain waktunya. wasSalam.