Monday, January 17, 2011

New Year@Tahun Baru



                New Year aka Tahun baru adalah satu perkara yang paling ramai diraikan oleh setiap penduduk dunia,kecuali beberapa negara tertentu, dimana kebanyakan mereka yang menyambut acara ini dengan pendapat peribadi masing-masing seperti ingin melupakan kisah lalu dan membuka hidup baru di tahun baru dan berbagai lagi.               Tak salah menyambutnya andai kena pada gaya dan cara. Hamba berasa sedikit kesal bila melihat acara sambutan tersebut baru baru ini dihiasi dengan lurah-lurah serta dedahan dari segelintir anak-anak gadis bangsa kita iaitu MimLamWauYa serta deruan pekikan motor-motor serta suara remaja-remaja yang perilaku mereka ini telah membuatkan Pakcik Makcik Kakak Adik Atuk Nenek pula yang menjadi takut serta segan dengan melihatkan perkara sebegitu. Dalam fikiran hamba pada waktu itu berkata dalam hati " macam mana la kalau ada ibu bapa terserempak lalu melihat anak gadis/jantan mereka berpelukan berpakaian dedah sana sini, pasti remuk hati para ibu bapa yang melihat tu kan? hmm pada hamba, nak sambut tak salah, cuma jagalah perwatakan, kerana diri kita melambangkan agama dan bangsa kita, iaitu bangsa peribumi tanah melayu, ya kita orang melayu yang dipebuhi dengan penuh nilai murni serta kesopanan sedari zaman silam, peliharalah nilai2 itu supaya tak hilang didunia.
Pada hamba , NEW YEAR adalah seumpama tingkat pada blok bangunan yang tangganya tinggi dan mengambil masa 12 bulan untuk sampai ke tingkat sterusnya dan apabila kita smpai ke tangga pemulaan ke tingkat yg baru , kita pasti akan melambai tingkat di tangga yg bawah. Simbolisnya ialah, Tangga itu ialah Kehidupan , Tingkat yang didaki itu adalah pencapaian dan  Niat kita adalah Destinasi kita.*
Sekadar sekilas cubaan utk pertama kali tulis blog. Sudilah kiranya menziarahi blog hamba ini dilain waktunya. wasSalam.